Thursday, 17 November 2011

Entri #3 :Olive dan Eva


Saya namakan kucing ni Olive sempena nama watak budak kecil comel dlm cerita little miss sunshine :) Olive ni sangat lincah, nakal, manja, dan kuat makan..hahhaha.. merajuk juga pandai.. teringat semalam masa saya marah dia sebab dia buang air merata. Mula2 saya marah, dia takut tp lepas tu senyap-senyap dia datang geselkan diri dia dan hulurkan kepala minta dibelai.. Kadang-kadang bila balik kerja penat, tp bila belai mereka dan bercakap dengan mereka. penat beransur hilang dan rasa sunyi terisi dengan kehadiran mereka :) 


Yang ni pula saya namakan Eva. Saya xberapa pasti jantina eva ni jantan @ betina, saya namakan eva sbb namanya sedap disebut disamping warnanya yg putih mcm watak eve dlm cerita wall-E, favourite sy. eva ni perangai dia agresif jugak, tp dia jenis yg cepat mengalah. Dia kurang makan. dia akan biar olive makan dulu baru dia akan makan, mungkin mengalah dengan adik kot :) eva ni nampak lebih matang. Nak bermanja pon jarang-jarang tp kadang2 datang juga hulurkan kepala kt tangan saya minta di belai :)

No comments:

Post a Comment