Suasana di kampung kelahiran saya di grik, perak. Ini rumah arwah kakak saya. Sangat banyak kenangan yang terakam disini yang tidak dapat saya lupakan. Yang berketayap putih merupakan anak arwah yang ke-2 daripada 4 adik beradik. Saya doakan semoga anak-anak arwah berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan semoga sentiasa sihat selalu serta menjadi anak yang baik.
Sebagai insan biasa kita harus redha menerimanya. Gambar ni diambil semasa saya pulang ke grik, perak untuk menziarahi kubur arwah kakak yang meninggal pada bulan november tahun 2007. Ini mak saya dan ex-besannya. Walaupun secara zahirnya ikatan keluarga telah terputus tetapi tali persaudaraan sesama islam dan juga kawan masih kuat terjalin :)
No comments:
Post a Comment