Thursday, 4 December 2014

Entri #7 : Family day out

Dah lama saya impikan nk bawak mak n pak jalan2. Tp fobia saya nk bawa kereta jadi kekangan untuk impian itu direalisasikan. Nasib baik ada sudin. Dia yg tolong bawa kami cuci mata di tugu negara dan taman orkid. Seronok juga dapat luangkan masa bersama parents n anak, hirup udara segar dan menikmati pemandangan yg indah :)

Thursday, 12 September 2013

Entri #6


Bersama sahabat @ jiran @ kawan sekerja :) Walaupon kakak ni badan dia kecik tapi semangat dia kuat :)
Ni waktu kami pergi berjogging di Tasik Perdana :). Saya tak jogging la sebab omar shahnaz sudah berusia enam bulan dalam perut tu. Seronok beriadah disini, ramai family yang mengambil peluang untuk beridah dan meluangkan masa bersama keluarga. Nampak harmoninya :)

Tuesday, 3 September 2013

Entry #5: Faktor Usia??

Fuhh.. lama betul tak update blog ni. Dekat setahun ada. Hahahah Mungkin sbb haritu pembawakan budak :) dan mungkin juga faktor usia yang makin meningkat ni. Semakin "rajin" hehehhe. Banyak kenangan pada tahun 2012 yang berlaku yang tak sempat sy nk tulis dalam blog ni. Mungkin saya dapat ringkaskan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang tahun 2012.

Saya disahkan mengandung pada awal bulan 2 tahun 2012 :) dan alhamdulillah Omar shahnaz bin mohd kholid nama diberi selamat dilahirkan pada tanggal 23 September 2012 di hospital kuala lumpur :). Pengalaman bersalin yang pasti tidak akan dapat saya lupakan :).

Pengalaman pertama menjadi seorang ibu sangat mencabar dan juga bahagia :) Saya akan update gambar omar shahnaz pada entry akan datang :)

Monday, 2 January 2012

Entri #4

Last day bersama Pengarah. Selama 6 tahun bertugas inilah pengarah yang paling happy go lucky yg pernah saya jumpa. Beliau mula berkhidmat di KL pada Mac 2009, seingat saya. Sepanjang berkhidmat untuk beliau, saya tak pernah nampak beliau marah. Semoga beliau bahagia dan sihat selalu, dan tahniah kerana dapat balik semula berkhidmat di negeri kelahirannya. Selamat maju jaya :)

Thursday, 17 November 2011

Entri #3 :Olive dan Eva


Saya namakan kucing ni Olive sempena nama watak budak kecil comel dlm cerita little miss sunshine :) Olive ni sangat lincah, nakal, manja, dan kuat makan..hahhaha.. merajuk juga pandai.. teringat semalam masa saya marah dia sebab dia buang air merata. Mula2 saya marah, dia takut tp lepas tu senyap-senyap dia datang geselkan diri dia dan hulurkan kepala minta dibelai.. Kadang-kadang bila balik kerja penat, tp bila belai mereka dan bercakap dengan mereka. penat beransur hilang dan rasa sunyi terisi dengan kehadiran mereka :) 


Yang ni pula saya namakan Eva. Saya xberapa pasti jantina eva ni jantan @ betina, saya namakan eva sbb namanya sedap disebut disamping warnanya yg putih mcm watak eve dlm cerita wall-E, favourite sy. eva ni perangai dia agresif jugak, tp dia jenis yg cepat mengalah. Dia kurang makan. dia akan biar olive makan dulu baru dia akan makan, mungkin mengalah dengan adik kot :) eva ni nampak lebih matang. Nak bermanja pon jarang-jarang tp kadang2 datang juga hulurkan kepala kt tangan saya minta di belai :)

Entri #2 : Jodoh, pertemuan dan perpisahan, hidup dan mati semuanya telah ditentukan oleh Allah (s.w.t).

Suasana di kampung kelahiran saya di grik, perak. Ini rumah arwah kakak saya. Sangat banyak kenangan yang terakam disini yang tidak dapat saya lupakan. Yang berketayap putih merupakan anak arwah yang ke-2 daripada 4 adik beradik. Saya doakan semoga anak-anak arwah berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan semoga sentiasa sihat selalu serta menjadi anak yang baik.

Sebagai insan biasa kita harus redha menerimanya. Gambar ni diambil semasa saya pulang ke grik, perak untuk menziarahi kubur arwah kakak yang meninggal pada bulan november tahun 2007. Ini mak saya dan ex-besannya. Walaupun secara zahirnya ikatan keluarga telah terputus tetapi tali persaudaraan sesama islam dan juga kawan masih kuat terjalin :)

Tuesday, 15 November 2011

Entri #1

Kenangan dan Pengalaman. Perkara yang saya tidak dapat beli dengan duit dan juga sukar untuk di putar kembali.Tapi kenangan dan pengalaman juga boleh dirakam. Contohnya melalui tulisan dan juga gambar.  Dulu-dulu saya suka menulis (byk idea masa tu), gunting / simpan sajak atau gambar2 dan tampal dalam buku. Tp rasa terkilan sebab buku tu dh hilang.  Disini saya akan kongsi dan koleksikan sajak, sinopsis novel, gambar hasil dari koleksi kamera saya dan juga pendapat/pengalaman yang membina untuk tatapan saya dan juga kepada sesiapa yang sudi membaca :) . Selain menulis disini, saya juga suka menulis notes di dalam iPod pemberian suami saya :)